Apakah Asas Utama Dalam Fotografi?
Mungkin ramai yang sudah tahu maksud photography, iaitu melukis dengan cahaya. Photo bermaksud cahaya dan graphy bermaksud melukis. Dictionary.com menterjemahkan photo sebagai
“a combining form meaning “light” ( photobiology ); also used to represent “photographic” or “photograph” in the formation of compound words: photocopy”
Dan terjemahan graphy pula adalah seperti berikut
“a combining form denoting a process or form of drawing, writing, representing, recording, describing, etc., or an art or scienceconcerned with such a process: biography; choreography;geography; orthography; photography”
Daripada maksud photography/fotografi, boleh kita rumuskan bahawa asas utama dalam fotografi ialah cahaya. Tanpa bahan utama ini kita tidak boleh melukis dengan kamera.
Namun masih ramai orang yang mempunyai kamera atau jurugambar yang tidak sedar akan hakikat ini. Cahaya adalah amat penting dalam fotografi.
Terdapat 2 jenis cahaya apabila kita mengambil gambar. Satu ialah cahaya ambient atau cahaya yang bukan dihasilkan oleh jurugambar dan satu lagi ialah cahaya yang dihasilkan oleh jurugambar. Apabila kita mengambil gambar tanpa flash, bermakna kita menggunakan cahaya ambient untuk menerangkan sesuatu gambar. Cahaya ambient boleh jadi datang daripada lampu jalan, cahaya matahari, lampu kalimantang dan sebagainya. Dengan cahaya ambient kita hanya perlu bermain dengan ISO, Aperture dan Shutter Speed untuk memberikan lebih dedahan cahaya kepada gambar kita.
Sementara itu, apabila kita mengambil gambar menggunakan flash, bermakna kita menggunakan 2 cahaya untuk menerangkan gambar kita, iaitu cahaya flasah dan cahaya ambient.
Kaedah menggunakan 2 cahaya ini biasanya adalah lebih baik daripada 1 cahaya. Katalah kita menggunakan kit lens, sebagai contoh kit lens Nikon 18-55mm F3.5-5.6G. Lens ini mempunyai bukaan aperture paling besar F3.5 dimana bukaan ini membenarkan hanya sedikit cahaya untuk masuk ke dalam lens berbanding lens Nikon 50mm F1.8 pada bukaan F1.8. Apabila kita menggunakan bukaan F3.5 dan dapati masih terdapat kurang cahaya untuk menerangi gambar, maka kita boleh menaikkan ISO atau mengurangkan kelajuan shutter speed. Masalah dengan menaikkan ISO ialah gambar akan mempunyai banyak noise dan masalah dengan mengurangkan kelajuan shutter speed ialah gambar subjek akan bergoyang atau blur. Untuk mengatasi kedua-dua masalah ini maka kita perlu menggunakan kedua-dua cahaya iaitu cahaya Flash dan Ambient.
Berikut adalah gambar contoh dimana saya menggabungkan cahaya Flash dan Ambient pada jam lebih kurang 7 petang. Cahaya matahari ketika sudah amat sedikit dan saya tidak menggunakan tripod ketika mengambil gambar ini.
Lihat bagaimana saya masih dapat merakam cahaya yang cukup pada background menggunakan ambient light dan menerangkan subjek menggunakan flash.
Kalau anda tidak mahu menggunakan flash, maka anda boleh menggunakan lens 50mm dengan aperture F1.8 atau F1.4 atau F1.2. Namun gambar yang dihasilkan pasti tidak menarik sebagaimana gambar di atas. Gambar anda mungkin akan mempunyai bokeh dan tidak mempunyai butiran langit pada background kerana anda perlu menggunakan aperture besar dan mungkin juga blur kerana kelajuan shutter anda mungkin rendah.
Jadi gambar di atas menunjukkan bahawa cahaya memang amat penting dan adalah asa di dalam fotografi. Saranan saya, sekiranya anda tidak mempunyai flash maka dapatkan sekurang-kurangnya satu flash supaya anda dapat memberikan dedahan cahaya yang secukupnya kepada gambar anda.


salam…cmne nak wat cmtu bang?hehehe…